CInta Rasulullah SAW

Posted by Abu Abdullah | 2 comments»
Sebaik sahaja selesai memberi kuliah pada suatu malam, dijemput dengan tiba-tiba, berbekalkan ilmu yang hanya sekadarnya, tanpa disangka-sangka Allah memberikan satu perasaan yang sangat indah.
Indah...
Tapi tak mampu diungkap...
Syahdu...
Tapi menggembirakan...
Mudah-mudahan inilah perasaan yang sama sepertimana yang dirasai oleh orang-orang yang menyampaikan peringatan tentang agama...

Nabi saw bersabda, 'Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat.'
Kalam yang indah, daripada kekasih yang sangat dicintai dan dirindui...
Aku ingin bertemu denganmu ya Rasulullah...

Malam itu saya tidur dengan berbantalkan bantal yang empuk, bersama perasaan yang seakan-seakan tidak mahu hilang membawa ke dalam mimpiku...

Eh, ramainya orang kat sini?
Berbaju putih kesemuanya...
Bukankah ini pakcik yang aku jumpa di pondok dulu?

Teringat kembali sejarah lepas...
Di pondok Pasir Tumboh...
Setiap kali selepas solat isya', mataku sering terpaku pada kelibat seorang tua di penjuru masjid.
Sentiasa berzikir, membaca al-Quran...
Gelagatnya sentiasa menarik perhatianku... tanpa pernah dipaksa...
Suatu hari aku memberanikan diri untuk berjumpa dengannya, 'Pakcik, boleh semak bacaan fatihah saya?.' 'Demo gi jo jupo saing-saing hok panda ngaji al-Quran, semok dengei
demo tu...,' jawab pakcik tersebut, respon kepada persoalanku.'
Allah... Permintaanku tidak diterima.
Memang layak untuk seorang yang berdosa, diabaikan permintaanya tanpa sebarang syarat...
Sedih... Tetapi itu yang selayaknya...

Hari berikutnya, aku cuba lagi...
Berbekalkan doa dan air mata, berharap kepada Allah, mudah-mudahan aku dapat manfaat daripada orang yang soleh ini...
'Pakcik, boleh semak bacaan fatihah saya?,' tanya saya dalam keadaan berharap yang amat sangat...
Dalam keadaan tersenyum, pakcik tersebut menerima permintaanku.
Selesai membaca fatihah, pakcik tersebut membaca sesuatu dan dihembus ke kepalaku...

Tamat sahaja pertemuan, bercucuran air mata ini melimpah ibarat empangan yang pecah selepas hujan...
Gembira sangat...
Sedih juga ada... Bila mengenangkan dosa lampau...
Allah masih memberi kenikmatan yang sangat banyak walaupun terhadap hambaNYA yang sentiasa tak putus-putus melakukan dosa...


Kehadiran saya di tempat tersebut (seakan-akan masjid pondok Pasir Tumbuh), disambut dengan ucapan tahniah...
'Tahniah, Nabi saw mengirim salam kepadamu...'
Allah...
Saya dikerumuni oleh orang-orang di tempat tersebut, yang semuanya mengatakan ucapan yang hampir sama...
Terjaga saya daripada tidur dengan bibir yang berukir senyuman, pengalaman yang tak pernah saya alami sebelum ini...

Saya sentiasa mengharapkan pertemuan dengan baginda Nabi saw.
Rindu...
Cinta...
Sayang...
Namun itulah kenangan yang paling dekat...
Sudah sekian lama berlalu...
Mudah-mudahan ia adalah mimpi yang benar...

Saya menyedari...
Kasih itu bukan hanya sekadar dilafaz, tetapi perlu dibuktikan...
Bila nafsu itu diangkat menjadi raja, usahkan Allah, kekasihnya juga tidak akan mahu berjumpa denganmu...

Apakah ada kesempatan dan peluang untuk aku bertemu denganmu ya Rasulullah?
Aku cinta kepadamu, namun nafsuku juga merengek-rengek meminta aku mencintainya...
Aku lemah ya Rasulullah...
Allahumma salli 'ala saiyidina Muhammad wa'ala alihi wasohbihi wabaraka wasallam...

2 comments:

AlFAQIRah ilaLlah Tamar Nabi Says:

Apakah qalam yang lebih Indah daripada qalam yang mengisahkan perjalanan menuju Kekasih Allah, Muhammad صلى الله عليه وسلم. Biarpun secara realiti (menziarahi Nabi صلى الله عليه وسلم di Madinah Munawwarah) ataupun kurniaan Illahi jalla waala menemui Nabi صلى الله عليه وسلم di dalam mimpi. Haza min fadhli Robbi. Hakazal hayah orang soleh. Persis kisah ibu mulia alFaqirah berada di sebuah kawasan yang semua orang memakai pakaian bewarna putih. Mencari-cari air untuk berwuduk di kawasan luas yang kering. Tika berjumpa dengan punca air, si ibu ditegah untuk mengambilnya kerana tiba-tiba ada suara berkata "jangan ambil air di situ. Bersama- sama kita ada Rasulullah صلى الله عليه وسلم. kita kena minta izin Baginda صلى الله عليه وسلم dahulu. Anugerah terIndah Allah buat si ibu tadi diberikan melihat susuk tubuh Baginda صلى الله عليه وسلم yang kata si ibu dalam hati tika melihat Baginda صلى الله عليه وسلم ~" Jubah Nabi صلى الله عليه وسلم sama macam jubah abahmu. tapi Nabi صلى الله عليه وسلم pakai jubah lebih singkat lagi dari abah, jubahnya." Moga mimpi antuma kesayangan Allah bertemu kekasih Allah Subhanahu wataala benar minaLlah. Allahu Allah, bahagia! Allahua'lam.
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Abu Abdullah Says:

Amin...

Catat Ulasan